IKLAN 1
Daging Berlado merupakan antara hidangan berasaskan daging yang cukup popular kerana gabungan rasa pedas, manis dan aroma rempah yang membangkitkan selera. Walaupun menggunakan bahan-bahan yang mudah diperoleh, hasilnya sangat menyelerakan dan sesuai dihidangkan bersama nasi putih panas untuk santapan seisi keluarga.
Bahan-bahan
- 1 kilogram daging lembu (dihiris nipis)
- 15 biji cili kering (atau mengikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
- 2 biji bawang besar*
- 5 ulas bawang merah*
- 4 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
- 1 biji lada benggala hijau atau lada besar (dihiris memanjang)
- Rempah empat sekawan:
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
- 2 mangkuk air
Nota: Kisar halus semua bahan yang bertanda (*).
Cara Penyediaan
- Kisar halus cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia.
- Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis rempah empat sekawan sehingga naik bau.
- Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan hirisan daging, kemudian gaul rata bersama bahan tumisan.
- Tuangkan 2 mangkuk air dan biarkan daging mereneh dengan api sederhana sehingga empuk serta kuah menjadi pekat.
- Perasakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa.
- Masukkan hirisan bawang besar dan lada besar, kemudian gaul sebentar sehingga sayur sedikit layu.
- Angkat dan hidangkan ketika masih panas bersama nasi putih.
Selamat mencuba dan semoga hidangan Daging Berlado ini menjadi sajian kegemaran keluarga anda.
IKLAN 2
KONGSIKAN:

