IKLAN 1
Bahan-bahan
- 12 biji kacang bendi, dihiris
- Udang basah secukupnya, dibuang kulit
- 1 biji lada merah, dihiris
- Minyak masak secukupnya
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
Bahan Tumbuk
- 1 genggam udang kering, direndam hingga kembang dan ditoskan
- 2 biji cili merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
Cara Penyediaan
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan garing.
2. Masukkan udang basah ke dalam tumisan, kemudian kacau sehingga udang berubah warna dan masak.
3. Masukkan kacang bendi yang telah dihiris bersama lada merah. Gaul rata dan masak sehingga kacang bendi lembut.
4. Perasakan dengan garam dan sedikit gula mengikut cita rasa.
5. Kacau sebati sebelum diangkat dan dihidangkan.
Cadangan Hidangan
Hidangkan Bendi Goreng Udang ketika masih panas bersama nasi putih untuk menikmati rasa yang lebih enak.
Iklan
Perkhidmatan Ejen Setem (STAMPING)
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
📄 Perjanjian Sewa
👔 Kontrak Kerja
🎓 Pinjaman Pelajaran
📦 Perbekalan & Perkhidmatan
📑 Lain-lain dokumen
Penghantaran dokumen permohonan di dalam format PDF dan serahan sijil e-Setem akan di serahkan melalui WhatsApp sahaja. Ketulenan sijil e-Setem boleh disemak di laman sesawang stamps.hasil.gov.my. Dipercayai, mudah dan pantas
Ejen Berdaftar LHDN (No: 629732)
HUBUNGI 011-12663461
IKLAN 2
KONGSIKAN:
